GAGAL PATUH SOP, MENTERI MOHON MAAF DAN INI TINDAKAN BELIAU TEBUS KESALAHANNYA



  Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, memohon maaf kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi kenyataan rasmi, beliau juga memulangkan gajinya sebagai menteri, bermula Mei hingga bulan ini, untuk disumbangkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) di bawah KKM.


Gagal patuh SOP, menteri mohon maaf & pulangkan gaji 4 bulan.



Tambah kenyataan tersebut, beliau juga berjanji akan terus bekerja keras dan melipatgandakan lagi segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan tugasan amanah sebagai Menteri.

“Bagi memastikan semua rakyat yang terlibat di bidang perladangan dan komoditi, khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40 sentiasa mendapat manfaat dan terbela kebajikan mereka,” katanya.
Terdahulu, beliau dikompaun RM1,000 berikutan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).